::PENGIKUT TEGAR::

Wednesday, November 21, 2012

Lesson di rumah mertua: Sup ikan Kerisi





4 biji bebola ikan (belah 2)
4 ekor ikan kerisi 
1 keping kuih ikan ( di hiris keping-keping) 
Sedikit Sohoon Sedikit Bawang Goreng, 
Daun bawang, Daun Sop atau btg saleri 
Minyak utk mengoreng ikan. 
Garam dan serbuk perasa jika suka 
Air sebanyak 2 mangkuk sederhana

Bahan di tumbuk halus:- 
1 sudu teh biji ketumbar 
½ sudu teh jintan halus 
½ sudu teh jintan kasar 
1 sudu teh lada sulah 
¼ biji buah pala 
1 ½ cm halia 
2 biji bawang putih 
1 kuntum bunga lawang dan 
1 biji buah pelaga ( jgn. di tumbuk utk menumis saja)


Cara:
1. Ikan di goreng agak garing terlebih dahulu - ketepikan 
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk halus, bunga lawang serta buah pelaga hingga wangi dan agak kekuningan. 
3. Masukkan air tadi, tutup dan didihkan. 
4. Apabila mendidih, masukkan bebola ikan, kuih ikan, sohoon yang telah direndam dan juga ikan. Biarkan mendidih lagi. 
5. Rasalah garam dan perasa secukupnya dan masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sop atau btg saleri yg telah di hiris-hiris.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas..

tadaaaa...siap suda...jom ngetes!

hujan emas di negeri org.....

pejam celik da nak masuk 2 minggu aku kawin....skrg aku dok uma mertua kat ayer molek. Dekat je nak blk umah ayah, kalo ikut Lebuh AMJ lebih kurang 20-30minit je....tapi aku just blk weekend je sbb husband keje... dia ok je kalo aku nak blk sana, tapi xkan la aku nak amik kesempatan...kdg2 tu bila g skola, aku lari jap blk umah ayah sbb skolah ngn umah ayah lebih kurang 9km je.
fmly mertua aku sgt best, dorg ok tp rindu sgt pd fmly sendiri xleh nak tipu...huhuhu...

20.11.12- aku kene kemas bilik warisan kat skola a.k.a nak jadi museum la sgt(konon2). dtg pagi2 kul 8.30 da sampai, tapi startnye kul 10...by hook or by crook aku nak blk kul 12 sbb nak lepak umah ayah...rindu....pap!!sharp kul 12 akuchow...bedesuppppp bwk kete nak blk uma ayah...bila sampai je umah ayah, ayah da berdiri kat depan pintu..aku salam terus masuk umah, then terus baring atas katil...huiiii sejuk..rindu bantal busuk wehhh!!! baring2 jap, terus ajak ayah g mkn...as usual ktrg mkn kuih bom kat kedai pakcik Nan..sedap...bila perut kenyang kami blk...xsampai setengah jam 10minit dok umah, aku ajak adik g jln2  kat giant...saje beli brg sket...rindu nye jln2 ngn adik mcm b4 ni...siap belikan dia short pant hehehe...tepat kul 5 aku gerak blk ayer molek sbb kul 5.30 husband aku blk keje...bye2 sg rambai.....


tata~~

Monday, November 19, 2012

wehhh aku da kawen!!

tadaaaaaaa.......cuci-cuci mata jap meh...
ni masa malam berinai...tq adeq tlg pakaikan inai..hehe....disebabkan aku sgt geli nak buat hena yg ukir2 tu, aku just tepekkan jek bulat tgh2 tapak tangan tu...mcm org dulu2 kan..hehehe

Berinai kecik: 8 November 2012 (khamis)

ni gambar mase nikah...ktrg pilih tiffany blue sbb color dia nampak soft + sejuk mata tgk hehe...mcm putih tuh da biasa sgt..so amik yg lain sket....

Nikah: 9 November 2012 (jumaat)

bunga kat tangan tu plastik tp aku ske...(aku ado, ko hado??:p)

ni masa bersanding....ktrg pilih putih sbb nampak bersih...just beading tu je aku nak color dark purple...actually aku addict ngn purple..tp sbb purple da slalu sgt org buat, so cari yg lain sket...

Bersanding: 10 November 2012
kenangan ngn flower girl hehe

bersih jek muka kan...ala plastik sume tuh..make up jek:p

haaa....nampak xpelamin aku kat blkg tu....korg xsuke? nvrmd yg penting aku suke:p


Outdoor: 11 November 2012

Ni outdoor...kat kota a famosa banda hilir...tq pd photographer 
"classic touch" & "panglima besi"


Jutaan terima kasih buat keluarga tercinta, buat saudara mara, buat rakan2 sekerja, rakan sekolah, dan buat anak-anak murid tersayang kerana memeriahkan majlis kami....tak lupa buat keluarga mertua kerana merestui hubungan kami...
semoga kalian semua terus di lindungi dan diberkati Allah...amin~

Tuesday, October 9, 2012

SIAPA AUTISME DIHATI KITA?



APA ITU AUTISME?
Autisme didefinisikan sebagai kanak-kanak yang berada dalam dunianya sendiri atau menurut Leo Kanner (1943) sebagai individu yang tidak berkeupayaan menyesuaikan diri mereka secara normal dengan persekitaran. Menurut kajian Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (NASOM) menjelaskan maksud Autisme seperti berikut:
Autisme adalah satu kekurangan seumur hidup dan menampakkan kesannya dalam masa 30 bulan yang pertama seseorang bayi. Komunikasi antara mereka adalah terbantut dan mereka tidak dapat berhubung dengan secara langsung. Mereka juga mempunyai masalah tingkah laku. Individu autisme mempunyai kelebihan intelek yang luas. Kerap kali mereka menunjukkan kelebihan dalam bidang matematik atau kemahiran makenikal ataupun dalam seni muzik, memory dan lain-lain

FAKTOR-FAKTOR AUTISME
Dari segi genetik, adik-adik kepada individu autistik lebih berisiko mengalami autisme berbanding orang lain, terutama bagi pasangan kembar seiras. Selain itu, autisme juga sering dikaitkan dengan kecelaruan genetik dan masalah yang berkaitan dengan perubatan seperti Fergile X syndrome, Tuberous Sclerosis dan Phenylketonuria (PKU). Masalah sebelum dan selepas kelahiran juga boleh menyebabkan autisme. 

Diantaranya adalah seperti jangkitan rubella semasa dalam kandungan ibu, encephalitis, kekurangan oksigen semasa lahir, keracunan makanan dan bengkak cantik (mumps). Susunan kedudukan adik beradik juga boleh menyumbang kepada masalah autisme, iaitu anak sulung dalam  keluarga yang mempunyai dua anak, anak yang keempat atau yang berikutnya bagi keluarga yang mempunyai empat  atau lebih (Gargiulo, 2003).

Berkaitan dengan fungsi otak, terdapat bukti yang kukuh bahawa ketidakfungsian cereblum, limbic system dan  kemungkinan juga temporal lobe dan cortex terjadi kepada individu autisme. Kewujudan autisme juga dikaitkan dengan faktor kecelaruan autoimmune dan juga persekitaran. Dalam sesetengah keluarga yang mempunyai anak autisme, ketidakfungsian pelalian (immune dysfunstion) akan berkait dengan beberapa  faktor persekitaran yang boleh menyebabkan autisme. Terutamanya alahan kepada makanan seperti susu dan gandum yang tidak dapat dicernakan dengan baik. 

Terdapat lebih dari 60% kanak-kanak autistik mempunyai sistem pencernaan yang kurang baik. Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung gandum tidak dapat dicerna dengan baik dan menyebabkan protien daripada makanan ini tidak bertukar menjadi asid amino ataupun pepton, iaitu bentuk rantaian yang mana akhirnya dibuang memlalui kencing. Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi otak terganggu. Fungsi otak yang terganggu adalah yang melibatkan fungsi kognitif, komunikasi reseptif, tumpuan perhatian dan tingkah laku (Jamila K.A. Mohamed, 2005

CIRI-CIRI AUTISME
Jamila K.A. Mohamed (2005), telah menggabungkan kesemua ciri kanak-kanak autisme dan dibahagikan kepada enam
bidang iaitu:

i. Komunikasi
Kanak-kanak autisme menunjukkan ciri-ciri komunikasi seperti berikut: 

  • Perkembangan bahasa lambat ataupun tiada langsung.
  • Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain.
  • Jarang menggunakan bahasa
  •  Sukar diajak bercakap
  •  Kadang kala dapat menuturkan sesuatu tetapi buat seketika sahaja
  • Perkataan atau jawapan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
  • Mengeluarkan bahasa yang tidak difahami
  • Meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti maksudnya
  •  Suka menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.


ii. Interaksi Sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan ekstrem:
·       
  • Suka bersendirian.
  • Tiada perhubungan mata (eye contact) dan sentiasa mengelak daripada  memandang orang lain.
  •  Tidak gemar bermain dengan rakan dan sering menolak ajakan rakan.
  • Suka menjauhkan diri dan duduk di suatu sudut.

iii. Gangguan Deria
Diantara ciri-ciri gangguan deria kanak-kanak autisme adalah:

  • Sensitif pada sentuhan.
  •  Tidak suka dipegang ataupun dipeluk.
  •  Sensitif dengan bunyi yang kuat dan menutup telinga
  • Suka mencium dan menjilat mainan atau benda lain.


iv. Pola Bermain
·         Pola bermain kanak-kanak autisme ditunjukkan seperti berikut:
·         
  • Tidak suka bermain seperti rakan-rakan sebayanya.
  • Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka memutar-mutar ataupun melambung-lambung dan menyambut mainan atau apa saja yang dipegangnya.
  •  Suka dengan objek-objek yang berputar seperti kipas angin.
  •  Apabila menyukai sesuatu benda, terus dipegang dan dibawa ke mana
v. Tingkah Laku
Tingkah laku kanak-kanak autisme adalah seperti berikut:
·      
  •    Sama ada hiperaktif ataupun hippoaktif
  •  Melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan berulang-ulang   seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepak tangan dan menepuknepuk tangan, berlari atau berjalan mundar mandir.
  •  Tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang dilakukannya).
  • Dapat duduk dengan lama tanpa berbuat apa-apa dan tanpa sebarang reaksi.


vi. Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan berubah-rubah. Diantaranya ialah:
  • Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab, mengamuk tanpa terkawal jika tidak dituruti kemahuannya atau dilarang daripada melakukan sesuatu yang diingininya.
  • Merosakkan apa saja yang ada disekitarnya jika emosinya terganggu.
  • Menyerang sesiapa sahaja berhampirannya jika emosinya terganggu.
  • Adakalanya mencederakan dirinya sendiri.
  • Tiada rasa simpati dan tidak memahami perasaan orang lain.



 AUTISME YANG BERJAYA

orang gagal yang berjaya @ isuhangat

ELBERT EINSTIEN

Dialah Ilmuwan terkenal abad 20 yang terkenal dengan teori relativifnya. Dia juga salah satu pemenang Nobel. Siapa sangka dia adalah semasa kanak-kanak, beliau ialah terlambat bercakap dan juga mengidap Autisme iaitu penyakit yang sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Waktu kecil dia juga suka lalai dengan pelajaran.

OKU

Muhammad Danial Zainuddin
Pelajar Autisme pertama Negara yang cemerlang PMR di Terengganu 
memperolehi 9A



HARIS & ME!!
HARIS ADALAH SALAH SEORANG MURID AUTISME~

RENUNGKANLAH......
"KITA DIJADIKAN ALLAH SAMA ADIL DISISINYA....TIADA SATU PUN CACAT CELANYA...ALLAH TIDAK PERNAH MEMANDANG HINA KEPADA SETIAP HAMBANYA MENGAPA KITA MEMNADANG ORANG LAIN HINA SEKIRANYA MEREKA KURANG BERBANDING KITA...BANTULAH MEREKA KERANA KELAK AKHIRAT, MEREKALAH YANG MEMBANTU KITA...INSYAƁLLAH.....AMIN..." 



Monday, September 24, 2012

sebab kenapa kena pilih cikgu jadi isteri



oppppsss 1st thing jgn marah sbb artikel ni aku share dari sini  >>> http://www.informasi.my
jom baca jom hehe...ala xmo tacing2 la ni gurau2 jek ni...jodoh sume kan keje Allah...kenapa kene pilih cikgu utk jadi calon isteri??sebab.....
1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.


5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.


Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama


Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?


Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.


Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?


Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.


Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?haha!


 
 

Monday, September 10, 2012

Allah maha Mendengar....Alhamdulillah...


Tapi dlm seronok2 tu ade gak benda yang sedih..tahun ni aku tukar langsir sorg2...tinggi tu langsir umah aku...sbbnye aku ngn adik ade krisis..adik ade ckap ngn ayah, "angah xtegur org pon yah..."
kenapa aku mcm tu??? sbb aku terlalu marah dgn diri aku, aku kecewa ngn diri aku sbb aku rasa aku da gagal nak lentur dia utk decide tempat dia nak further study...Actually dia dpt 2 tawaran utk further study...
1. Kolej Polytech MARA Bangi (course Biz-IT)
2. Open University Malaysia(OUM)- course Pendidikan Awal kanak-kanak
      

Aku nak dia jadi cikgu, sbb aku da pnah rasa keje private mmg penat giler la...aku keje private pon bhgan sales biz..pnat mcm nak mati la, so aku xnak dia rase situasi tu sbb aku tau adik aku jenis yg mcm mana...jauh beza dgn keje cikgu, kalo dia jd cikgu pra-sekolah, mmg penat sket tapi sampai pkul 11:45 pagi je...kursus2 tu biase la, tapi bkn tiap2 hari, gaji pon tinggi sbb kalo dia kuar, mmg konpem gaji degree...Once dia decide nak g bangi, aku sgt kecewa...
aku xtau nape tetiba dia ubah fikiran sedangkan masa dia apply OUM tu aku yang anta n mase tu diaayang paling excited....apepon sbg kakak + adik beradik yg lain leh nasihat je...keputusan kat tangan dia...

3 September 2012- aku amik cuti, aku hantar dia g bangi wpon hati mmg da hancur masa tu....pas hantar dia, otw dari bangi--> melaka, ayah cerita semua, aku sepatah pon xjawab...ayah cerita dia sgt kecewa ngn adik, sbb dia harap adik boleh jadi cikgu. ayah dah tua, kalo aku kawen xda sape yg leh tgk dia kat rumah...ayah ckap sok ayah mati pon sorg2 sbbbila aku da kawen, aku akan ikut suami...bkn la maknanya aku xtgk ayah langsung, tapi aku da ade 2 tanggungjawab...tanggungjawab yg cukup besar..sebenarnya apa yaang ayah rasa hari tu mmg aku da rase 2 minggu sebelum raya...so on that time aku pilih utk diam sb bg aku once dia da sampai bangi, keputusan dia xkan berubah...tiba-tiba ayah menangis...aku tersentak...masa tu aku kene ckap jugak, kita xboleh paksa dia, tu keputusan dia, masa depan dia...
Ayah tetap nak pujuk adik. aku ckap ayah nak pujuk boleh tapi jgn letak harapan, nnt ayah kecewa..ayah dia...aritu ayah ade mesyuarat ngn Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rustam pon dia xnak pegi..dia xda hati, jiwa tengah serabut, aku ckap terpulangla....

Sampai rumah dia xabis2 pujuk adik..mlm aku masak pon dia xnak mkn, sume brg dia letak dia lupa...aku kesian tgk ayah..tapi nak wat mcm mana....lastly aku pujuk dia,"ayah call adik, ckap ngn dia kalo dia nak ubah keputusan, bgtau ain sanggup naik bangi semula amik dia". Muka ayah nampak lega...

4 September 2012- pagi2 ayah call adik tapi adik xpick up fon..mayb dia pon kecewa..mmg keputusan kat tgn dia, tp kalo dia bole fikir xda family nak dia rase susah pd masa depan dia...pkul 10 pg ayah call, ayah bg good news, adik nak blk mlk, dia decide nak study OUM...aku nak melompat jek rase...pkul 11:40 pagi aku abis kelas, aku terus naik office nk bgtau GB tp dia xda, aku key in nama then terus blk awal..Bangi saye dtg kembali!!!

sampai bangi terus bwk adik g mkn, rasenye layan adik cam raja kot, adik nak mkn ape je, aku bwk padahal mmg aku penat ggile...mane x nye 2 hari berturut2 naik bangi, dahla pg skola....tp xpe aku happy sbb ayah happy....

5 September 2012- Pas abis skola kul 1:10 tghari, aku bergegas blk umah, sbb arini nak bwk adi register OUM...ayah pon ikut skali...Pas register aku nampak air mata ayah skali lagi berlinang...ayah happy sbb anak2 dia semua masuk universiti...
akak aku yg 1st study kat Universiti utara malaysia,kedah, aku 2nd study kat Universiti sains malaysia, penang, adik yg 3rd Universiti sains Malaysia, penang gak then skrg adik plak, Open Universiti Malaysia, mlk....ayah sgt happy sbb anak2 dia semua ikut jejak dia..ayah dulu pon bljar kat usm, penang....

Hari ni aku sgt happy sbb bila aku kawin, jiwa aku tenang..ayah pesan, adik tu la sorg je lg belajar...so aku janji ngn ayah, aku akan bantu selagi aku mampu...kalo boleh aku mmg nak tgk dia mcm kami berdiri dengan segulung ijazah!! InsyaAllah!!

keluarga kami.....Alhamdulillah....syukur yaAllah...

~END~



Ceritera nak raye- sesi perabih duit!

Tahun ni tahun last aku sambut raya dgn status bujang...thats y la this year semangat raya berkobar2. Tahun ni pecah rekod buat biskut raya lepas 7 tahun xbuat biskut raya sbb b4 ni buat biskut raya dengan arwah ibu. Pasibu meninggal istilah raya tu mcm da xda lagi..Sbb mengenangkan ayah, semangat aku terus kuat, satu je niat, nak happykan ayah...so tahun nimmmg nekad buat biskut raya, nak jadi ape jd la, janji buat.alhamdulillah jadi plak tu hehehe siap leh anta rumah akak 1 balang, rumah bakal mak mertua 1 balang.
Tahun ni pon aku nekad bljar buat ketupat. skali lagi pevah rekod bila dlm keluarga aku xda sorang pon yang boleh anyamketupat. Dari ayah, arwah ibu, along, adik sume xtau...tp sbb semangat nekad tu, aku bljar jugak..mmg sampai terbelit tangan sendiri la..lastly alhamdulillah berjaya jugak....hehe cuma ayah nye komen ketupat lembik sket, akak ckap ok..haih citarasa masing2 xleh nak ikut la kan...:p
Istilah raya ni xlengkap kalo xde tukar2 nih...kalo hypermarket Mydin nih mmg jd rumah kedua la...dr brg22 kuh, sarung kusyen sume situ..bkn ape, aku ni bkn nye berduit sgt, so Mydin je la yg aku mampu.lgpon parking senang, free lak tuh..kualiti xde la teruk sgt. Nak raya, dari dulang sampai ke benda yang besar sume nak baru...
hehe SELAMAT HARI RAYE!!~