::PENGIKUT TEGAR::

Sunday, March 7, 2010

Tidakku pinta lahir kedunia.....

ramai yang ingat pendidikan khas sumenye kanak2 cacat...xsemua macam tuh...kanak2 ni sangat istimewa...ape yg korang tau pasal pendidikan khas?????kalo xtau bace nih...


Sekolah Pendidikan Khas
Sekolah yang dikhususkan bagi murid-murid berkeperluan khas bagi kategori Pendengaran dan Penglihatan sahaja. Sekolah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Program Integrasi Pendidikan Khas
Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan, Pendengaran dan Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah.

Program Inklusif
Merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas yang berkelayakkan belajar bersama-sama murid-murid aliran perdana di kelas-kelas biasa, termasuk seolah-sekolah yang mempunyai program integrasi ataupun sekolah-sekolah yang tidak mempunyai program integrasi yang dibuka oleh JPWPKL.

Program Pemulihan Khas
Program ini diwujudkan bagi membantu murid-murid yang tidak mampu menguasai 3M ( Menulis, Mengira dan Membaca), ia dibuka di semua sekolah rendah di Kuala Lumpur.

CONTOH SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS INTERGRASI PEMBELAJARAN


antara murid2 yang bermasalah dalam pembelajaran (memerlukan pembantu pengurusan murid-PPM): sindrom down, cerebral palsy, autisme, hyperactive etc

nie murid2 normal yang diletakkan dibawak pendidikan khas atas sebab2 masalah dalam pembelajaran: slow learner, dyslexia, etc


Kejayaan tidak pernah berakhir...
dan
kegagalan tidak pernah musnah...
tetapi
Apa yang penting adalah ketabahan...


No comments:

Post a Comment