::PENGIKUT TEGAR::

Sunday, July 31, 2011

Ramadhan bulan keberkatan bukan pembaziran

"Wahai orang-orang yang beriman ! Diwajibkan kepada kamu puasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang yang sebelum kamu,supaya kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." (S.al-Baqarah:183)

Alhamdulillah dengan berpuasa kita dapat merehatkan alat pencernaan kita lebih kurang selama 12 jam setiap harinya. Oleh karena itu dengan berpuasa, organ dalam tubuh kita dapat bekerja dengan lebih teratur dan berkesan.


contoh: meh tengok isi perot masing2...heeee~


Perlu diingat ibadah puasa Ramadhan akan membawa faaedah bagi kesihatan 
rohani dan jasmani kita bila ditunaikan mengikut panduan yang telah ditetapkan, jika tidak maka hasilnya tidaklah seberapa malah mungkin ibadah puasa kita sia-sia sahaja.

Allah berfirman yang maksudnya:
"Makan dan minumlah kamu dan janganlah berlebih-lebihan sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan." (s.al-A'raf:31)

Nabi s.a.w.juga bersabda:
"Kita ini adalah kaum yang makan bila lapar, dan makan tidak kenyang."

Tubuh kita memerlukan makanan yang bergizi mengikut keperluan tubuh kita. Jika kita makan berlebih-lebihan sudah tentu ia akan membawa mudarat kepada kesihatan kita. Boleh menyebabkan badan menjadi gemuk, dengan mengakibatkan kepada sakit jantung, darah tinggi, penyakit kencing manis, dan berbagai penyakit lain. Oleh itu makanlah secara sederhana, terutama sekali ketika berbuka, mudah-mudahan Puasa dibulan Ramadhan akan membawa kesihatan bagi rohani dan jasmani kita. 


contoh: juadah berbuka yang terlalu banyak...mmg xhabis nyeeeee!!!

Allah berfirman yang maksudnya: 
"Pada bulan Ramadhan diturunkan al-Quran 
pimpinan untuk manusia dan penjelasan keterangan dari pimpinan kebenaran itu, dan yang memisahkan antara kebenaran dan kebathilan. Barangsiapa menyaksikan (bulan) Ramadhan, hendaklah ia mengerjakan puasa.
(s.al-Baqarah:185)

Saturday, July 2, 2011

JANGAN BERGADUH

Jeritla sekuat hati, bangkang la sehebat mana, rusuh la sebesar mana, macam "anjing menyalak bukit".menyalak la kuat mana pon bukit xkan berubah, xkan runtuh. Negara ni kan ada undang- undang...knape nak bgaduh2...masa pilihanraya nnt xnak pulak mengundi....
haih la xpaham..kita bgaduh 3 penjuru. majoriti melayu....sedih...


sampai bila nak gaduh..knapa xbergabung, sama2 bangkit utk majukan org melayu...xda guna bgaduh...bukan semua parti politik xbetul & bukan semua betul....xpayahla merusuh...bangsa asing tgh ketawakan kita...melayu hentam melayu..sedarla...kesian kat tok nenek kita dulu2, sshnye nak amankan Malaysia...btahun2 kita aman..merdeka pon da separuh abad..knapa senang2 kita nak hancurkan..xcukup aman ke Malaysia ni...sedihnye..


org melayu especially generasi muda...bukak la buku sejarah balik, baca balik sejarah malaysia.korg nak ke naka2 n cucu korang hidup seksa mcm nenek moyang kita dulu??seksa nye..


yaAllah ampunkanlah mereka.Lindungilah hati2 mereka dari sebarang kebencian dan kebusukkan...jauhkanlah huru hara di negara kami ya Allah.....selamatkanlah generasi kami ya Allah...sesungguhnya yang buruk itu datang dari kami ya Allah...Kau bantulah kami mencari kebenaran yang tersirat ya Allah...sesungguhnya kami hanya berharap dan berserah kepada-Mu ya Allah....Amin ya rabbalalamin...


sayang la kat negara sendiri...jgn sampai tergadai lagi....







peristiwa 13 mei 1969



malaysia merdeka & aman....

saya bangga jadi anak Malaysia...bersyukurla....

berpesan2 pada kebenaran....


wallahualam....