::PENGIKUT TEGAR::

Monday, October 24, 2011

TAMBAH KAWAN BUKAN TAMBAH MUSUH

bila sebut pasal FB, benda paling popular dah tentu update status, komen mengomen status, kutuk mengutuk page org, sharing2 gambr...mcm2...xkesahlah FB sendiri kan, lantaklah...

tp yg xbest bila citer pasal politik...saje jek aku like page2 politik yg sndiri di buat oleh org yg lom tentu arif dlm politik ni, saje nak tgk sejauh mana ilmu politik yg dorg ade. tp setakat yg aku tgk nih sume pon xla byk ilmu sgt nak cter pasal politik. 
dok kutuk2 org je la hebat...


penah tgk bendera parti x???meh aku tlg tunjuk pd sape yg xkenal lg...huhu



PARTI BN




PARTI PAS




PARTI DAP


PARTI UMNO


PARTI PKR


UMNO kutuk PAS 
|
PAS kutuk DAP

DAP kutuk BN
|
BN kutuk PKR
|
PKR kutuk UMNO

mcm satu rotation...

xkan stop sampai bila2...yg peliknye pengikut yg bawah nih jek yg mcm anjing menyalak bukit...yg kat atas tu (pemimpin), hubungan baik sesama diorg (InsyaAllah...). 

aku pon xla baik sgt nak cter pasal agama, tapi kita kene la sama2 sedar...kita xtau bila Malaikat nak dtg amik nyawa kita. kalo dia dtg sempat ke kita nak ckp ngn Malaikat

" errr.....boleh tunggu jap x?? sy nak delete post kutuk mengutuk, caci maki kat FB jap...pastu nak mintak maaf ngn sume org..."

agak2 korg ade ke Malaikat tunggu???? ermmm jawab la sendiri...so selagi ada umur, selagi nyawa dipinjamkan Allah ni, xpayah la susah payah nak carik musuh...xsalah kalo nak baca pasal politik..aku pon xsebelah mana2, tapi xpayah la kutuk mengutuk, caci maki mcm org xda ilmu..cukupla sekadar menambah ilmu...biar kita diam...

sebab diam xbererti BODOH
bising xbererti BIJAK

org yg bijak lebih baNyak menggunakan akal daripada menggunakan mulut& pena untuk berbicara....



sama2 sama mengingatkan....berpesan2 pada kebenaran....

wallahualam....

RINTIHAN




Biar berlinangan airmata
Ku takkan hentikannya 
Biarkan ia menyembuh luka 
Hilanglah rasa duka 
Tidak ku termampu merentasi liku-liku 
Oh tidak ku mampu menghadapi semua itu 
Oh sungguh ku tak upaya 
Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan 
Bisa meleraikan iman Kan hancur semuanya 
Walau menitis airmata darah 
Tak bisa merubah segalanya 
Melainkan taubat nasuha 
Moga kan diterima 
Namun ku percaya 
Masih ada kesudahannya 
Kerana allah itu Maha kaya maha mendengar 
Rintihan hamba-hambanya 
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya 
Pasti akan ada Jalan keluarnya 
Rezeki yang tidak disangka-sangka 
Cukup Allah baginya 
Berkuasa segala-galanya 
Terima seadanya...




~HIJJAZ~

Sunday, October 23, 2011

KEMATIANNYA BUKAN SUATU TITIK NOKHTAH....

LIBYA & GADDAFI: FAKTA YANG TIDAK DAPAT DI NAFIKAN!!!


1. Tiada bil elektrik di Libya, elektrik percuma
untuk semua rakyatnya.

2. Tidak ada faedah ke atas pinjaman, bank-bank milik kerajaan  di Libya
dan pinjaman yang diberikan kepada semua warganegara pada kadar faedah 0% 
 3. Rumah dianggap sebagai hak asasi manusia di Libya -Gaddafi berikrar bahawa ibu bapa beliautidak akan mendapat sebuah rumah sehingga semua orang di Libya mempunyai rumah. Bapa beliau  telahmeninggal dunia ketika beliau, isteri dan ibunya masih hidup
dalam khemah.


4. Semua pasangan pengantin di Libya menerima Dinar $ 60,000 (AS $
50,000) oleh kerajaan untuk membeli pangsapuri pertama mereka untuk membantu memulakan keluarga.


5. Pendidikan dan rawatan perubatan percuma diLibya. Sebelum Gaddafi hanya 25%
daripada Libya celik huruf. Hari ini, angka itu adalah 83%.

6.Sekiranya rekyat Libya ingin memulakan kerjaya pertanian,mereka akan menerima tanah untuk pertanian, sebuah rumah pertanian, peralatan, benih danternakan untuk memulakan diladang-ladang mereka- Semuanya percuma.

7. Jika Kerajaan Libya tidak dapat mencari pendidikan atau kemudahan perubatan  yang rakyat perlukan di Libya,kerajaan akan memberikan dana kepada rakyat untuk pergi ke luar negara kerana ia -
bukan sahaja percuma  tetapi mereka mendapat US $ 2, 300 sebulan untuk kos penginapan  dan elaun kereta.

8.  Di Libya, kerajaan memberi subsidi kepada rakyatnya 50% daripada harga kereta

9. Harga petrol di Libya ialah $0.14 seliter  

10. Libya tiada hutang luar negera dan rizabberjumlah $ 150 bilion - kinibeku di peringkat global.

11. Jika rakyatnya gagal mendapatkan pekerjaan setelah tamat bergraduasi, kerajaan akan membayar gaji mengikut tahap pembelajaran sehingga rakyatnya mendapat pekerjaan

12. Sebahagian hasil jualan minyak di Libya di masukkan ke akaun rakyat Libya

13. Setiap ibu-ibu yang melahirkan anak, diberikan US $ 5 000

14.  Di Libya harga 40keping roti ialah $ 0.15

15. 25% daripada rakyat Libya adalah berkelulusan ijazah

16. Gaddafi membina projek pengairan terbesar didunia yang dikenali sebagai  ‘Man-Made River project’, untuk menyediakan air bagi menampung rakyat melalui kawasan padang pasir di negaranya



wallahualam....

sumber dari:

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150374910143945&set=a.413953508944.182161.344235923944&type=1&theater


Friday, October 21, 2011

HIGH TEMPERATURE!!

balik skola dah le penat.keje menimbun2 xsempat siap sbb arini kan jumaat, so blk awal...tp aku balik xla awl jugak drag jugak la lewat 35minit baru kuar dr kawasan skola...bila tension sgt aku sakit kepala nnt migrain lg susah, so bukak radio lagu jiwang2 a.k.a lagu slow2 layan perasaan..menyanyi bagai nak gila konon2 mcm wat show la...niat nak hiburkan hati sendiri jek

so disebabkan hati kembali tenang, aku drive dgn penuh fokus..sket pon xpandang tempat lain (kiri kanan) sbb jln straight watpe nak pandang kiri kanan kan..huhu...dari jarak 200m aku leh nampak ada kete wira sedan biru bwk mmg sgt slow di follow ngn 1 lori yg xbape nak gergasi la...agak2 cam lori eskrem tuh...so aku ikut rentak wira & lori tuh..skali pandang kat meter 20km/j huh..gile slow, kalo lwn ngan beskal pon kalah nih!!


lepas 1 minit ikut wira a.k.a kura2 tuh, aku dgn bangganye on signal, xleh jadik la nak ikut rentak dia lagi...bila aku on signal, lori tuh pon on jugak...so secara undang2nye, aku kene lepaskan lori tuh memotong dulu la kan...dalam kata lori tuh nak potong tibe2 kete wira tuh masuk simpang kanan!!!! lori brek emergency terus kesebelah kanan jalan!! disebabkan sgt panik  aku paut stereng aku kesebelah kiri sbb kalo aku terus kekanan konpem masuk bwh lori!!! nauzubillah!!! dalam masa yg sama aku ke kiri, aku xperasan ada motor!! semua masa tuh brek emergency! muka mamat tempe tu selamba badak jek mcm mintak kaki!! 


aku kuar kete, jumpa mamat moto td...secara ikhlasnya aku mintak maaf ngn dia sbb mmg aku xperasan dia...dia ckp xpe sbb dia tau sape salah. dia matikan enjim moto.ktorg sam2 melintas jalan jumpa mamat wira stupid tuh..mamat lori tadi awal2 da terjun lori sentap si mamat wira tuh...isshhhhh rase cam nak kaki kan jek muka dia!!! selamba dia ckp sori sy xperasan pon korg sume kat belakang!! dan secara otomatik nye aku ckp ko ni BUTA ke!!!si mat moto + mat lori tadi da nak blasah da sang wira tuh..aku ckp dah2 la tuh...(tp dlm ati...blasah la!!!hehe). disebabkan dia wat muka kesian kami lepaskan dia sbb sume pon selamat kan...alhamdulillah...

moral 
GUNAKAN SEMUA DERIA & ANGGOTA MASE MEMANDU. 
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT~




Wednesday, October 19, 2011

BER'FACEBOOK' BIAR BERPADA-PADA

Majoriti kat dunia ni sket2 nak ada akaun FB..sampai ada yg punya akaun FB lebih dari 1..tujuan??kene tanye org tu la..xkesahla nak ade 100 pon who's care? FB ni bagus sbb kadang2 klik punya klik tetiba terjumpa la member2 lama yang lost contact...kdg2 member skola tadika mase main beskal same2 pon muncul balik..mmg syiok!! mengeratkan silaturrahim...hehe..xkesah la benda baik kan..dpt pahala tuuu...xsalah k...


tp yang aku nak stresskan kat sini lately mcm2 benda pelik yg di'share'kan kat wall, tagging sana sini smpai kdg2 kita lupa benda2 camtuh xsepatutnya berlaku sbb kita xperasan kdg2 bnda tuh leh menyentuh sensitiviti org lain...contohnya dalam waktu2 skrg ni kes dera, bunuh yg kejam mmg sgt byk...(tanda2 dunia akhir zaman)..

tp perlu ke share utk tatapan umum??


bnda2 camtu kan should b private & privacy..xkesahla kalo nak tgk pon...xpayah share2...kalo org lain nak tgk, dorg pon leh search sendiri kan...kalo yg kes bunuh baby tuh, mcm mana agaknya perasaan ibu2 yang ade kat luar sana tgk baby tuh kene bunuh dgn sgt kejam??!


so tujuan bnda ni di 'share' bkn nak tuju kat sape2...just nak sama2 mengingatkan..kalo aku salah korg pon leh jek tegur...dalam hidup ni kan kene saling mengingatkan supaya xterkeluar dari batasan..

maaf yerr...


wallahualam...

HATIKU MILIKMU




Pernahkah engkau hargai cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan diriku ini
Betapa hebatnya cintamu, memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu, membuatku terpaku


Disisimu ku terdiam seribu bahasa
Dihatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan ku cinta padamu


Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu


Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya


Kanku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini