::PENGIKUT TEGAR::

Thursday, December 15, 2011

JANGAN PERLEKEHKAN CIKGU...

byk yg aku dgr cikgu itu cikgu ini...ramai xsuka cikgu
cikgu mengada2
cikgu bising nak gaji naik keje sikit
cikgu kene keje sampai petang
cikgu bla bla bla
tapi korg tau xsebenarnya tugas cikgu yg korang perlekehkan????

tahu tak korang 
cikgu xboleh tinggalkan anak murid dlm kelas wpun seminit kecuali kcemasan
penat camne pon cikgu, xde mood camne pon cikgu tetap kene mgajar jawabnye mati la budak terjun bangunan...kalo skola menengah silap2 bergaduh, bertumbuk...cikgu xboleh terlepas pandang murid wpun sesaat, walapun mengantuk....mungkin ade la segelintir cikgu yg tidur dlm kelas, main hp dlm kelas, tp bukan semua cikgu....
kalo keje admin, boring xde mood leh relak jap, xpayah pandang pc, pas 15 minit kang tgk la...kalo cikgu leh ke???

cikgu kene mgajar tapi cikgu pon kene buat keje pentadbiran. mcm skrg mcm2 program yg KPM sediakan, semua nak ubah, bertimbun2...1 murid sampai dua tiga fail...kalo cikgu pendidikan khas bukan rancangan pengajaran harian(RPH) je kene buat, ktorg WAJIB buat rancangan pengajaran individu (RPI)...tu xtermasuk lagi bidang tugas lain di luar waktu P&P..mase tu cikgu jugak la coach bola, cikgu jugak la kaunselor, cikgu la ngajar tarian, cikgu la itu, cikgu la ini, cikgu jugak la segala2nya....
cikgu kawasan pedalaman...

bukan aku cakap bidang lain xda keje....semua keje pon penat....baru2 ni ramai yg bising bila usul yg diutarakan utk suruh cikgu keje sampai petang ditentang oleh kesatuan guru2...sebab??? 
kalo xsuruh kami keje sampai petang pon mmg kami dah lama keje sampai petang...tambah lagi skrg da ade program 1 sukan 1 murid, hari sukan ko-kurikulum lain pulak..aktiviti badan beruniform, kelab persatuan..pastu da balik rumah, kerja cikgu bukan berhenti setakat tu...cikgu bawak balik lagi keje, marking paper, tanda buku, prepare RPH & BBM utk next lesson..abis tu keje rumah tak payah nak buat???? 
tapi apalah sgt kalo nak dibandingkan dengan ganjaran akhirat...setiap tahun kami guru2 malaysia nyanyi, angkat sumpah untuk mendidik...bg aku, aku xkesah org nak cakap cikgu mgade2 ke ape ke, yg penting, selagi cikgu2 dan aku tau tugas kami, kami jalankan..yg dok kutuk ngata xbehenti2 tuh....its oke...jumpa kami " di sana" ye.....

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi....

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.



USMAN AWANG- 1979





wallahualam....

sama2 mengingatkan...



2 comments:

  1. tanpa cikgu mana mungkin kita nak mengenal abdjad 1,2,3...mana mungkin kita tahu apa itu A,B,C...mana mungkin kita dapat menulis membaca dll...pengorbanan seorang cikgu itu besar nilainya....hargailah jasa-jasa cikgu itu walau hanya sebesar zahrah pun khidmatnya....

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya kasih syg guru berterusan walaupun anak murid terus membesar dan menjadi dewasa....

    ReplyDelete