::PENGIKUT TEGAR::

Monday, September 24, 2012

sebab kenapa kena pilih cikgu jadi isteri



oppppsss 1st thing jgn marah sbb artikel ni aku share dari sini  >>> http://www.informasi.my
jom baca jom hehe...ala xmo tacing2 la ni gurau2 jek ni...jodoh sume kan keje Allah...kenapa kene pilih cikgu utk jadi calon isteri??sebab.....
1. Hidup Berjadual.
Bukan kata wanita yang mempunyai pekerjaan lain tidak mempunyai jadual, tapi kalau cikgu, jadualnya setiap hari sudah tetap dan ditetapkan. Sampai penempatan dia di sekolah pun sudah berjadual. Kalau kau tengok cikgu Kimia, hidup dia bukan sahaja berjadual, malah berkala. Macam Jadual Berkala Unsur (baca : Periodic Table) tu. Jadi kalau suami dia itu jurutera, memang senang nak kejut orang bangun pagi.
5.00 pagi : Bangun pagi, masak air, buat sarapan.


5.50 pagi : Mandi, persiapan diri, solat Subuh.
6.20 pagi : Bersiap nak keluar rumah, menuju ke tempat ke sekolah.
7.10 pagi : Sampai sekolah.
7.30 pagi : Mula kelas.
10.10 pagi : Rehat
10.30 pagi : Masuk kelas lagi.
2.00 petang : Balik rumah (kalau tiada kelas tambahan atau aktiviti sekolah)
Senang kan?
Jadi, kalau dah berkahwin, isteri itu akan mengatur hidup berkeluarga dengan lebih sempurna (insyaALLAH).
Pagi : Sarapan + kemas rumah + masak.


Tengah hari : Makan tengah hari + duduk dengan suami (buatlah apa kau nak)
Petang : Rehat + minum petang + sediakan makan malam
Malam : Buatlah apa-apa aktiviti yang perlu
2. Dedikasi, komited dan penuh komitmen.
Seorang guru yang hidupnya hanya berkisarkan sekolah dan tempat-tempat kerja biasanya akan penuh dengan sifat di atas. Bukan apa, ibu bapa penjaga sekarang kebanyakannya mengharapkan cikgu seratus peratus dan budak-budak pula biasanya akan menjadi besar kepala apabila dibiarkan. Maka cikgu kenalah beri perhatian pada murid secara berlebihan (janganlah sampai kau jatuh cinta dengan murid pula!) dalam memastikan duit gaji yang diterima itu halal digunakan dan dimakan.
Sekejap.
Pernah kau dengar orang lain salahkan jurutera, arkitek, juruterbang, doktor, peguam dan sebagainya bila berlaku keruntuhan akhlak dan gejala sosial?
Mana ada!
Semua nak salahkan cikgu.
Maka, cikgu mestilah kena komited.
Konsep yang sama


Jadi, kalau suami terabai di rumah, nak salahkan siapa?
Maka, si isteri akan komited untuk memastikan suami gembira, bahagia dan apa sahaja asalkan suaminya tersenyum girang dan tidak memikirkan untuk menambah cawangan lain. Eh?
(sambil asah pensel dan pisau di tepi)



3. Tidak boleh menipu atau berpeleseran.
Nak bagi markah, ada skema jawapan.
Pakaian ke tempat kerja, ada etika.
Nak tanda kertas, ada garis panduan.
Sampai sekolah, isi waktu kedatangan.
Balik sekolah, kena tekan lagi nombor di komputer.
Yuran murid semua ada hitam putihnya – nak pungut duit pun ada surat kuasa.
Bila boleh nak menipunya.
Nak berpeleseran?
Jauh sekali.
Kena tangkap boleh kena buang kerja tahu?


Lepas tu masuk surat khabar dan segala media dengan tajuk, “GURU ……”
Gila kau.
Mana nak sempat lupakan suami begitu?
Hidup akan dalam lingkungan – sekolah, keluarga, suami, sekolah lagi, keluarga lagi, suami lagi.

4. Terapi melepaskan tekanan
Semua kerja ada tekanan.
Budak yang tolong isi minyak di stesen minyak pun ada tekanan.
Makcik-makcik yang basuh pinggan dan masak di kedai makan pun tertekan.Tak masuk lagi nak rebus daging dengan periuk bertekanan tinggi tu kan?
Tapi bagaimana nak menguruskan diri kalau tertekan?
Cikgu-cikgu biasanya akan dihantar menghadiri kursus atau bengkel pengurusan tekanan (baca : stress management workshop). Selalunya ada, cuma akhir-akhir ini sejak ekonomi semakin sempit, kursus semakin berkurangan dan beban kerja bertambah. Tapi itu bukan suatu masalah sebab banyak cara lagi boleh melampiaskan tekanan kerja ini.


Aktiviti luar seperti basikal lasak, memanjat gunung, berkayak dan sebagainya sudah lama diperkenalkan kepada guru-guru. Bahkan, boleh ajak pasangan bersama. Elok-elok dalam melepaskan tekanan, boleh bercuti dengan suami sekali kan?
Pukul budak-budak di sekolah?


Itu bukan satu benda yang mengasyikkan pun. Masuk penjara ada harapan.
Lebih baik buat sesuatu yang menyeronokkan untuk melepaskan tekanan.

5. Banyak cuti sekolah dan kerja cuma separuh hari.
Ini yang semua orang suka betul pada kerjaya guru.Pengalaman peribadi, kawan-kawan aku yang bekerja atau bakal bekerja sebagai doktor, jurutera dan entah apa lagi jenis pekerjaan mahu aku carikan mereka pasangan yang bekerja sebagai seorang guru.
Bakal doktor : Aku dah nak balik Malaysia hujung tahun nanti, habis belajar.


Aku : Ya, bagus! Sila minta hospital yang dekat sini.
Bakal doktor : Carikan aku bakal isteri seorang.
Aku : Kau nak yang macam mana?
Bakal doktor : Aku nak yang kerja cikgu.
Aku : Eh? Kenapa tak nak doktor juga?
Bakal doktor : Susah. Nanti waktu kerja tak sama, nak cuti pun susah.
Aku : Ceh! Memilih. Habis tu kenapa nak cikgu?
Bakal doktor : Sebab senang dia nak uruskan keluarga. Sekolah separuh hari. Bila balik kerja, dia biasanya akan ada di rumah kan? Kalau cuti sekolah, setiap hari pun mesti ada di rumah. Tak payah pening fikir nak ambil cuti ke apa.Masuk kelas itu, budak-budak tengok.
Aku : Amboi kau.
Bakal doktor : Tapi tak nak yang macam kau.
Aku : Kenapa?
Bakal doktor : Sebab kau nanti pergi berbasikal masa cuti sekolah. (ketawa)
Aku : Keji gila. Bukan sepanjang cuti aku berbasikal. (ketawa)

6. Penampilan.
Ini sengaja aku tambah sebab orang sana ada tulis pasal rupa.
Dari segi wajah dan sebagainya, aku tidak akan menilai manusia. Tapi kebanyakan guru-guru biasanya punya penampilan yang sedap mata memandang. Pergi sekolah mesti kena dengan gaya. Setiap hari ada berapa pasang mata yang akan memerhatikan langkah guru itu?
Masuk kelas sana, ada budak-budak lain pula tengok.
Budak-budak yang suka, akan puji – “Cikgu lawa gila hari ini!”
Sudahlah cukup dengan lawa, cantik, ada pula gila.
Haih!
Sebab itu cikgu-cikgu kalau dipuji, dia tidak akan cepat bangga diri.
Sebab apa?
Setiap orang yang suka (biasanya budak-budak yang akil baligh kalau sekolah menengah dan budak-budak jujur dan telus macam sekolah rendah) – selalu puji cikgu. Jadi, bukan suatu masalah dan kau tidak akan nampak cikgu itu kembang-kembang segala bila dipuji cantik, menarik, tertarik, menawan dan macam kena sawan. Eh?haha!


 
 

Monday, September 10, 2012

Allah maha Mendengar....Alhamdulillah...


Tapi dlm seronok2 tu ade gak benda yang sedih..tahun ni aku tukar langsir sorg2...tinggi tu langsir umah aku...sbbnye aku ngn adik ade krisis..adik ade ckap ngn ayah, "angah xtegur org pon yah..."
kenapa aku mcm tu??? sbb aku terlalu marah dgn diri aku, aku kecewa ngn diri aku sbb aku rasa aku da gagal nak lentur dia utk decide tempat dia nak further study...Actually dia dpt 2 tawaran utk further study...
1. Kolej Polytech MARA Bangi (course Biz-IT)
2. Open University Malaysia(OUM)- course Pendidikan Awal kanak-kanak
      

Aku nak dia jadi cikgu, sbb aku da pnah rasa keje private mmg penat giler la...aku keje private pon bhgan sales biz..pnat mcm nak mati la, so aku xnak dia rase situasi tu sbb aku tau adik aku jenis yg mcm mana...jauh beza dgn keje cikgu, kalo dia jd cikgu pra-sekolah, mmg penat sket tapi sampai pkul 11:45 pagi je...kursus2 tu biase la, tapi bkn tiap2 hari, gaji pon tinggi sbb kalo dia kuar, mmg konpem gaji degree...Once dia decide nak g bangi, aku sgt kecewa...
aku xtau nape tetiba dia ubah fikiran sedangkan masa dia apply OUM tu aku yang anta n mase tu diaayang paling excited....apepon sbg kakak + adik beradik yg lain leh nasihat je...keputusan kat tangan dia...

3 September 2012- aku amik cuti, aku hantar dia g bangi wpon hati mmg da hancur masa tu....pas hantar dia, otw dari bangi--> melaka, ayah cerita semua, aku sepatah pon xjawab...ayah cerita dia sgt kecewa ngn adik, sbb dia harap adik boleh jadi cikgu. ayah dah tua, kalo aku kawen xda sape yg leh tgk dia kat rumah...ayah ckap sok ayah mati pon sorg2 sbbbila aku da kawen, aku akan ikut suami...bkn la maknanya aku xtgk ayah langsung, tapi aku da ade 2 tanggungjawab...tanggungjawab yg cukup besar..sebenarnya apa yaang ayah rasa hari tu mmg aku da rase 2 minggu sebelum raya...so on that time aku pilih utk diam sb bg aku once dia da sampai bangi, keputusan dia xkan berubah...tiba-tiba ayah menangis...aku tersentak...masa tu aku kene ckap jugak, kita xboleh paksa dia, tu keputusan dia, masa depan dia...
Ayah tetap nak pujuk adik. aku ckap ayah nak pujuk boleh tapi jgn letak harapan, nnt ayah kecewa..ayah dia...aritu ayah ade mesyuarat ngn Ketua Menteri Melaka, Dato' Ali Rustam pon dia xnak pegi..dia xda hati, jiwa tengah serabut, aku ckap terpulangla....

Sampai rumah dia xabis2 pujuk adik..mlm aku masak pon dia xnak mkn, sume brg dia letak dia lupa...aku kesian tgk ayah..tapi nak wat mcm mana....lastly aku pujuk dia,"ayah call adik, ckap ngn dia kalo dia nak ubah keputusan, bgtau ain sanggup naik bangi semula amik dia". Muka ayah nampak lega...

4 September 2012- pagi2 ayah call adik tapi adik xpick up fon..mayb dia pon kecewa..mmg keputusan kat tgn dia, tp kalo dia bole fikir xda family nak dia rase susah pd masa depan dia...pkul 10 pg ayah call, ayah bg good news, adik nak blk mlk, dia decide nak study OUM...aku nak melompat jek rase...pkul 11:40 pagi aku abis kelas, aku terus naik office nk bgtau GB tp dia xda, aku key in nama then terus blk awal..Bangi saye dtg kembali!!!

sampai bangi terus bwk adik g mkn, rasenye layan adik cam raja kot, adik nak mkn ape je, aku bwk padahal mmg aku penat ggile...mane x nye 2 hari berturut2 naik bangi, dahla pg skola....tp xpe aku happy sbb ayah happy....

5 September 2012- Pas abis skola kul 1:10 tghari, aku bergegas blk umah, sbb arini nak bwk adi register OUM...ayah pon ikut skali...Pas register aku nampak air mata ayah skali lagi berlinang...ayah happy sbb anak2 dia semua masuk universiti...
akak aku yg 1st study kat Universiti utara malaysia,kedah, aku 2nd study kat Universiti sains malaysia, penang, adik yg 3rd Universiti sains Malaysia, penang gak then skrg adik plak, Open Universiti Malaysia, mlk....ayah sgt happy sbb anak2 dia semua ikut jejak dia..ayah dulu pon bljar kat usm, penang....

Hari ni aku sgt happy sbb bila aku kawin, jiwa aku tenang..ayah pesan, adik tu la sorg je lg belajar...so aku janji ngn ayah, aku akan bantu selagi aku mampu...kalo boleh aku mmg nak tgk dia mcm kami berdiri dengan segulung ijazah!! InsyaAllah!!

keluarga kami.....Alhamdulillah....syukur yaAllah...

~END~



Ceritera nak raye- sesi perabih duit!

Tahun ni tahun last aku sambut raya dgn status bujang...thats y la this year semangat raya berkobar2. Tahun ni pecah rekod buat biskut raya lepas 7 tahun xbuat biskut raya sbb b4 ni buat biskut raya dengan arwah ibu. Pasibu meninggal istilah raya tu mcm da xda lagi..Sbb mengenangkan ayah, semangat aku terus kuat, satu je niat, nak happykan ayah...so tahun nimmmg nekad buat biskut raya, nak jadi ape jd la, janji buat.alhamdulillah jadi plak tu hehehe siap leh anta rumah akak 1 balang, rumah bakal mak mertua 1 balang.
Tahun ni pon aku nekad bljar buat ketupat. skali lagi pevah rekod bila dlm keluarga aku xda sorang pon yang boleh anyamketupat. Dari ayah, arwah ibu, along, adik sume xtau...tp sbb semangat nekad tu, aku bljar jugak..mmg sampai terbelit tangan sendiri la..lastly alhamdulillah berjaya jugak....hehe cuma ayah nye komen ketupat lembik sket, akak ckap ok..haih citarasa masing2 xleh nak ikut la kan...:p
Istilah raya ni xlengkap kalo xde tukar2 nih...kalo hypermarket Mydin nih mmg jd rumah kedua la...dr brg22 kuh, sarung kusyen sume situ..bkn ape, aku ni bkn nye berduit sgt, so Mydin je la yg aku mampu.lgpon parking senang, free lak tuh..kualiti xde la teruk sgt. Nak raya, dari dulang sampai ke benda yang besar sume nak baru...
hehe SELAMAT HARI RAYE!!~