::PENGIKUT TEGAR::

Wednesday, November 21, 2012

Lesson di rumah mertua: Sup ikan Kerisi





4 biji bebola ikan (belah 2)
4 ekor ikan kerisi 
1 keping kuih ikan ( di hiris keping-keping) 
Sedikit Sohoon Sedikit Bawang Goreng, 
Daun bawang, Daun Sop atau btg saleri 
Minyak utk mengoreng ikan. 
Garam dan serbuk perasa jika suka 
Air sebanyak 2 mangkuk sederhana

Bahan di tumbuk halus:- 
1 sudu teh biji ketumbar 
½ sudu teh jintan halus 
½ sudu teh jintan kasar 
1 sudu teh lada sulah 
¼ biji buah pala 
1 ½ cm halia 
2 biji bawang putih 
1 kuntum bunga lawang dan 
1 biji buah pelaga ( jgn. di tumbuk utk menumis saja)


Cara:
1. Ikan di goreng agak garing terlebih dahulu - ketepikan 
2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan yang di tumbuk halus, bunga lawang serta buah pelaga hingga wangi dan agak kekuningan. 
3. Masukkan air tadi, tutup dan didihkan. 
4. Apabila mendidih, masukkan bebola ikan, kuih ikan, sohoon yang telah direndam dan juga ikan. Biarkan mendidih lagi. 
5. Rasalah garam dan perasa secukupnya dan masukkan bawang goreng, daun bawang dan daun sop atau btg saleri yg telah di hiris-hiris.
6. Angkat dan hidangkan panas-panas..

tadaaaa...siap suda...jom ngetes!

No comments:

Post a Comment